10 Kesan Maksiat dan Dosa?
Setiap dari kita mesti pernah buat dosa dan maksiat. Buat setakat pernah, bahkan mengulangi lagi dosa-dosa itu. Sebab apa ulang? Sebab rasa seronok. Tetapi, dalam dunia ini juga, setiap perbuatan dan tindakan kita, PASTI akan ada kesan. Kesan sama ada baik, atau buruk. Jadi hari ini, insyaAllah kami akan kongsikan KESAN daripada berbuat maksiat.
Untuk apa?
Supaya kita sama-sama muhasabah, dan berusaha sebaik mungkin untuk tinggalkan maksiat. Moga Allah pelihara dan bantu kita untuk tinggalkan maksiat sebelum kita jadi mayat.
1. Membantutkan potensi diri
Baca surat panjang Saidina Umar kepada Saad bin Abi Waqqash semasa pembukaan kota Parsi.
2. Nafsu tidur akan bertambah
Kata Hassan al Basri,
"Sesungguhnya ketika seorang hamba melakukan dosa, dia akan terhalang melakukan solat malam dan puasa di siang hari".
(Al-Maqrizi, Mukhtasar Qiyaam-Allail)
3. Nafsu makan akan semakin liar.
Kata Ar Robi’ (semasa menambah kata-kata Imam Syafie),
"Kerana yang namanya kenyang membuat badan menjadi berat, hati menjadi keras, kecerdasan berkurang, lebih banyak tidur dan malas ibadah.”
(Siyar A’lamin Nubala)
4. Banyak kerja tak menjadi.
Allah berfirman dalam surah Taha ayat 124,
"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".
5. Allah tarik keberkatan rezeki.
“Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya.”
(Riwayat Imam Ahmad)
6. Hubungan dengan manusia makin rosak
Kata seorang salaf,
"Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang (kenderaan) dan isteriku.”
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
7. Allah tarik nikmat kesihatan tubuh badan
Kata Ibnu Abbas r.anhu,
“Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk.”
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
8. Ilmu susah nak masuk ke dalam hati.
Kata Imam Malik,
“Aku melihat Allah telah menyiratkan dan memberikan cahaya di hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat.”
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
9. Otak malas berfikir.
Kata seorang ulama salaf,
"Perbuatan dosa dan maksiat mampu merosakkan akal fikiran manusia kerana dalam akal fikiran ada cahaya, manakala perbuatan derhaka dapat memadamkan cahaya. Apabila cahaya itu padam, akal fikiran menjadi lemah.."
(Al-Jawabul kafi liman sa'ala 'anid dawa as syafi)
10. Allah tarik keberkatan masa
Kata Ibnu Qayyim,
"Sungguh! Maksiat itu adalah sebab hilangnya keberkatan rezeki dan waktu."
0 comments:
Post a Comment